WELCOME

"SELAMAT DATANG KE ARISYA BLOG"

Friday, February 24, 2012

Kursus di KKKL

Hari ini aku berkursus di kolej komuniti kuala langat. Mmmmm.....kursus pembinaan blog. aku sangat teruja untuk mengikuti kursus ini. Maklumlah...nak jadi usahawan online pulak...hahaha...macam dah tak cukup duit atau nak tambah income? Bukan itu niatku...sekadar nak tambah ilmu di dada. sekarang semua orang dah celik ICT.... Boleh dikatakan semua urusan sekarang secara atas talian. Justeru, aku tidak mahu ketinggalan....semoga dengan kemahiran yang ada dapatlah diaplikasikan dalam tugas harian ku sebagai guru data. Juga kalau ada peluang, ingin juga menjana pendapatan dengan kemahiran pembinaan blog ini.
hahaha...boleh ke???

Pada awal kursus kami didedahkan dengan cara pendaftaran blog. Aduh....dah berpuluh kali cuba,cuba, cuba n cuba.... namun hampa. Nak wat cam ne, server sibuk. Tak pelah.....lain kali boleh cuba lagi....Perut pun dah mula berbunyi, tapi tak dapat wat apa2 lagi. Inilah kalau kursus menggunakan internet, apa lagi mesti talian sibukla....tapi xpe. nasib ada blog lama ni. Kata orang kalau tidak rotan, akar pun berguna...tak gitu?
Kepada rakan-rakan yang masih belum lg dapat mendaftar, semoga dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh. Good Luck!!